Irdina merupakan pelajar baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris. Keluarga Irdina berpindah dari Pulau Pinang ke Terengganu. Irdina telah mengetahui bahawa bapanya sedang membina sebuah rumah di Terengganu, tetapi setahunya, rumah tersebut belum siap sepenuhnya. Bapa Irdina memberitahu tentang perpindahan mereka secara mengejut. Dia tidak sempat memberitahu rakan-rakannya tentang perpindahannya. Irdina belum dapat menerimanya kerana dia harus berpindah segera. Belum puas rasanya bersama kawan-kawan di sekolah. Namun, Irdina perlu akur dengan kata-kata bapanya. Dengan hati yang pasrah, Irdina mengemas semua barang-barangnya.
Irdina mempunyai seorang rakan rapat iaitu Lydia. Lydia tidak mengetahui tentang perpindahan Irdina kerana dia tidak sempat memberitahu Lydia. "Tentu Lydia terkejut apabila tidak berjumpa aku di sekolah nanti," bisik hati Irdina. Sayu hati Irdina kerana dia bakal meninggalkan sekolah dan semua kawan-kawan yang amat disayangi.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment